Detail Scan ! Bila Waktu yang Sesuai untuk Scan ?

  • Post category:Scan Bayi
Detail Scan

Apa Itu Detail Scan ?

Detail Scan merupakan scan yang dilakukan untuk melihat organ Penting bayi secara terperinci.


Doktor akan melihat semua organ penting seperti Tempurung Kepala, Jantung, Hati, Buah Pinggang, Tulang Belakang, Jari Kaki dan Tangan serta macam macam lagi.


Melalui scan ini, tanda tanda 'abnormal' pada bayi juga dapat dikesan.


Contohnya, doktor mengesan ada kebocoran pada jantung bayi.


Ibu bapa dapat mengambil langkah awal dengan merujuk kes ini kepada Hospital Besar / Pakar.


Bayangkan jika tiada kesedaran pada ibu bapa, masalah seperti ini akan jadi kelam kabut pada hari pertama kelahiran bayi.


Oleh itu, dinasihatkan kepada ibu bapa agar melakukan scan ini sekurang kurang SEKALI sepanjang tempoh kehamilan.


Buat ibu bapa yang belum tahu. scan ini juga dapat menentukan Jantina bayi tersebut.

Bilakah Waktu Yang Sesuai untuk Ibu Hamil Buat Detail Scan ini ?

Untuk Mommy yang dah mengandung anak kedua dan ketiga mungkin sudah tahu tentang Detail Scan ini.


Detail Scan ini dilakukan pada usia kandungan 20 - 26 minggu SAHAJA.


Kenapa dilakukan pada tempoh tersebut ?


Kerana pada waktu ini mudah bagi doktor untuk melihat struktur badan dan organ bayi.


Jantina bayi juga dapat dikesan dengan lebih mudah dalam usia kandungan ini.


Jika usia kandungan Mummy sudah lebih atau kurang dari tempoh di atas, sukar bagi doktor untuk melihat satu persatu organ bayi sama ada saiz bayi terlalu kecil atau terlalu besar.

Jantina Bayi

Kenapa Bakal Mummy Perlu Buat 'Detail Scan' ini ?

Seperti yang bakal Mummy sedia maklum, detail scan dilakukan bertujuan untuk melihat struktur dan organ bayi secara terperinci.


Selain itu, doktor juga akan memeriksa seperti yang dibawah :

  • Memeriksa tumbesaran keseluruhan bayi
  • Menentukan kedudukan uri
  • Memeriksa struktur, anggota dan organ bayi
  • Melihat jantina bayi
  • Menilai jumlah air ketuban

Bahagian Struktur Anggota & Organ Bayi yang akan diperiksa oleh Doktor

Doktor akan melakukan pemerhatian terperinci menggunakan 2D Ultrasound terhadap perkara dibawah :

  1. Kepala ~ bentuk tengkorak dan struktur otak, pada peringkat ini masalah otak yang serius dapat dikesan seperti otak      berair, tiada tempurung kepala dan lain lain.
  2. Muka ~ profil muka, hidung, mulut dan lain lain, doktor akan memeriksa bibir sumbing, kanta mata, lelangit, jarak mata dan juga tulang hidung.
  3. Jantung ~ kedudukan jantung, saiz, “bilik bilik” jantung, saluran darah utama, “dinding” jantung dan injap.
  4. Tulang Belakang ~ doktor akan memastikan tidak ada spina bifida atau scoliosis.
  5. Buah Pinggang ~ doktor memeriksa ada dua 2) buah pinggang pada bayi, dan air kencing dapat mengalir bebas pada pundi kencing.
  6. Jantina Bayi ~ sama ada lelaki atau perempuan dapat ditentukan melalui scan ini.
  7. Kaki & Tangan ~ semua tulang akan diperiksa termasuk jari jemari supaya tiada kecacatan.
  8. Tali Pusat.
  9. Kedudukan Uri.
  10. Abdomen

Pemeriksaan ‘Detail Scan’ ini mengambil masa sekitar 30-45 minit oleh Doktor untuk memeriksa keseluruhan organ organ bayi.

Melalui scan ini juga, kecacatan fizikal dapat dikesan dengan lebih awal.

Masalah yang serius seperti tulang bengkok, jantung berlubang juga dapat dikesan.

Dengan itu, ibu bapa dapat membuat persediaan awal dan mengambil langkah seterusnya membuat persediaan melahirkan bayi nanti.

Namun, perlu diingatkan juga bahawa jika keputusan detail scan adalah normal, tidak bermakna bayi yang dilahirkan itu 100% sempurna.

Pelanggan Klinik Dr Asmah

Kesimpulan

Bakal Mommy perlu lakukan Detail Scan ini sekali sepanjang tempoh kehamilan.


Dalam rasa teruja untuk menimang cahaya mata, perlu juga untuk kita tahu dengan lebih dalam tentang tahap kesihatan bayi di dalam kandungan.


Bila semua dah dipastikan selamat, lega lah hati kita.


Senang hati nak 'shopping' barang barang bayi.


Klinik Dr Asmah tidak menyediakan scan ini.


Kami menyediakan Structural Scan yang hampir sama.


Jangan bimbang soal aurat, Doktor dan Staff disini semuanya wanita Muslim sahaja.


Layanan yang terbaik dari doktor dan staff, sangat sangat 'friendly' dan berfikiran terbuka.


Nak tanya apa apa soalan pun boleh.


Nak BOOKING APPOINTMENT di Klinik Dr Asmah ? KLIK BUTTON DI BAWAH

ALWAYS CARE, ALWAYS LOVE

Leave a Reply