Kahak Bayi : Cara Buang Kahak Bayi, Ikuti Nasihat Doktor Ini

  • Post category:Kahak Bayi
Pesakit mendapatkan rawatan kahak

Gambar Hiasan : Salah seorang pesakit mendapatkan rawatan ‘nebulizer’ di Klinik Dr Asmah

Bila anak tidak sihat seperti batuk dan selesema, ibu bapa lah orang pertama yang akan risau.

Selain dari kesihatan bayi anak / kanak kanak yang mengalami selesama dan berkahak merosot, kita sebagai ibu bapa juga akan turut merasa terganggu.

Bayi atau kanak kanak yang berkahak akan kerap menangis, hilang selera makan serta susah untuk tidur kerana keadaan mereka yang sangat tidak selesa.

Tidak dinafikan juga masih terdapat ibu bapa yang mengambil ringan akan perkara ini.

Bayi yang mengalami batuk berkahak ini perlukan Rawatan Segera dari doktor.

Jadi langkah awal untuk ibu bapa adalah mengenal pasti apakah tanda tanda bayi mengalami batuk berkahak dan selesema ini.

Bahaya Kahak Pada Bayi Jika Dibiarkan dan Tidak Ditangani Segera !

Jangkitan kuman pada paru paru

Jangkitan kuman pada paru paru ini akan menyebabkan radang pada kawasan ruangan hidung, mulut dan tekak.

Sesak nafas

Bayi akan mengalami sesak nafas akibat kahak / lendir yang berlebihan sehingga tersedak dan sebagainya.

 

Tanda - Tanda Awal Bayi Mengalami Kahak

1. Batuk berkahak.

2. Selesema dan nafas berbunyi selama beberapa hari.

3. Keadaan kesihatan bayi terus merosot walaupun sudah diberikan ubat.

4. Kerap menangis dan sentiasa terjaga malam kerana tidur yang tidak selesa akibat kahak.

5. Anak akan kurang selera makan dan menyusu.

6. SESAK NAFAS !

Sebelum ke bahagian rawatan, Kenali dahulu Punca & Penyebab bayi mengalami batuk berkahak dan selesema ini.

Punca & Penyebab Bayi Mengalami Batuk Berkahak & Selesema

1. Yang pertama adalah asap rokok. Jika ada keluarga yang merokok, pastikan kedudukan mereka jauh daripada bayi kerana asap rokok itu juga boleh menjadi penyebab kepada kerosakan pada paru paru bayi / kanak kanak.

2. Kedua ialah habuk dan pencemaran udara. Elakkan membawa bayi ke tempat yang berhabuk atau kawasan yang mengalami pencemaran udara yang tinggi. Selain itu, ibu bapa juga perlu untuk pastikan keadaan udara dalam rumah sentiasa lembab

Air Humidifier

Gambar Hiasan : Gunakan ‘air humidifier’ untuk kekalkan udara bersih di dalam rumah.

Secara Faktanya, bayi yang baru lagi mempunyai ruang hidung yang kecil iaitu 2-3 milimeter lebar sahaja.

Jadi tidak hairan lendir dan kahak yang sedikit pun boleh memberikan gangguan BESAR kepada pernafasan mereka.

Cara Buang Kahak ( no 5 paling cepat berkesan )

1. Sedut Kahak Bayi Secara Manual

Bayi yang diusia 6 bulan pertama cenderung untuk bernafas melalui hidung mereka sahaja. Jadi hidung tersumbat boleh menyerang dan menyebabkan mereka dalam keadaan yang teruk.

Membersihkan hidung menggunakan alat penyedut hidung ini dapat membantu mereka untuk bernafas dengan lebih baik dan lancar.

2. Pastikan Bayi Sentiasa Terhidrasi

Seperti orang dewasa juga, bayi akan kehilangan selera makan mereka apabila tidak sihat.

Lebih membimbangkan ialah apabila berat badan mereka turun / menyusut dari hari ke hari.

Meskipun begitu, sebagai ibu bapa harus menggalakkan bayi untuk menyusu badan ataupun minum susu formula sebagai ikhtiar untuk hilangkan kahak.

3. Pasang Pelembab Udara

Udara yang kering boleh menyebabkan kesesakan pada pernafasan bayi. Penggunaan pelembab udara ini merupakan salah satu cara terbaik untuk membersihkan kahak pada bayi.

Letakkan pelembab udara di ruang tamu atau bilik.

Ia sangat berguna ketika bayi sedang tidur.

4. Penggunaan Madu Asli

Rawatan tradisional seperti penggunaan madu asli juga terbukti berkesan untuk merawat kahak bayi. Madu asli ini banyak manfaatnya kepada semua golongan umur.

Madu ini sesuai untuk anak yang berumur 1 tahun dan ke atas iaitu berikan mereka 1 sudu madu asli yang dicampur dengan perahan limau nipis atau lemon dan juga sedikit air. 

5. Nebulizer / Suction

Rawatan nebulizer ini sangat berkesan untuk mencairkan kahak pada bayi dan mudah untuk membuang kahak selepas itu.

Suction ataupun lebih dikenali sebagai mesin sedut kahak berfungsi sebagai untuk menyedut cairan yang tidak diperlukan badan seperti kahak, lendir dan lain lain.

Rawatan ini memberikan kesan yang segera dan dapat dilihat sejurus rawatan selesai.

Rawatan sedut kahak pada bayi

Nasihat Doktor

Kahak merupakan gejala yang kerap dan mudah berlaku pada kanak kanak terutamanya pada bayi.

Gejala ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh ibu bapa kerana kesan selepas itu sangat membimbangkan seperti jangkitan kuman pada paru paru, sesak nafas lebih lebih lagi ketika anak sedang tidur malam.

Jika bayi mula mengalami tanda tanda seperti di atas, segeralah bawa berjumpa dengan Doktor.

Klinik Dr Asmah sangat mengambil berat mengenai bahaya kahak pada bayi ini.

Rawatan sedut kahak ini juga disediakan di seluruh cawangan Klinik Dr Asmah.

Kesan kelegaan dapat dilihat sejurus sahaja rawatan selesai.

Bayi akan mula aktif, bertambah selera makan dan tidur dengan lebih nyenyak.

Berminat dapatkan rawatan sedut kahak di Klinik Dr Asmah ? Klik button di bawah :

Leave a Reply