Sakit Lutut : Kenali Punca & Cara Rawatan Sakit Lutut

Pesakit rawatan lutut

Sakit lutut sememangnya mengganggu kerja harian kita.

Kerana pergerakan kita akan menjadi lebih terbatas daripada biasa.

Sama ada kita hendak berkebun, solat berdiri, berjalan lama, semuanya akan menjadi terbatas kerana menanggung sakit pada masa yang sama.

Bagi yang tidak mengalami sakit lutut mungkin tidak memahami, tapi bagi pesakit lutut, perkara ini sangat tidak selesa.

Terkadang sehingga terpaksa meminta bantuan orang lain untuk melakukan kerja harian kita.

Sakit lutut ini juga tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, kerana ia akan makin melarat dan bertambah teruk lagi.

Bagi yang sakit lutut, pernahkah anda rasa sakit sehingga tegang ke belakang peha dan betis ?

Terkadang juga ada bunyi seperti ‘pop’ ketika membengkokkan kaki.

Nak naik tangga pun susah, apatah lagi nak ‘travel’ ke rumah anak anak.

Itulah merupakan tanda tanda sakit lutut.

Tapi anda jangan risau, kami akan jelaskan kepada anda supaya anda fahami apakah punca dan rawatan yang boleh anda lakukan supaya lutut kuat kembali.

Definisi Sakit Bahagian Lutut

Masalah sakit lutut atau bahasa saintifiknya ‘Knee Osteoarthritis (OA)’ sangat sinonim dengan warga emas atau mereka yang semakin meningkat usia tua.

Kajian juga menunjukkan bahawa seramai 240 juta masyarakat dunia mengalami sakit lutut atau radang sendi ini.

Masalah ini juga menjadi penyebab utama kepada kemerosotan keupayaan fizikal seseorang.

Sakit lutut juga bukan sekadar mengganggu kerja atau rutin harian, tapi juga akan mengganggu atau mempengaruhi emosi seseorang jika dibiarkan dan tidak dirawat lansung.

Tahap sakit lutut

Sakit lutut terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

Antara semua yang mengalami sakit lutut ini, ‘osteoarthritis’ merupakan yang kerap terjadi dalam kalangan pesakit lutut.

Untuk pesakit lutut penyebab osteoarthritis ini, terdapat beberapa pilihan rawatan atau terapi.

Namun ianya bergantung kepada tahap atau ‘grade’ keparahannya.

Tahap 1

Tulang rawan belum haus.

Sakit terjadi akibat berkurangnya cecair di dalam celahan sendi lutut.

Sendi akan terasa sakit bila bergesel satu sama lain.

Sekiranya anda mendapatkan rawatan pada tahap ini, sakit lutut boleh hilang dengan sepenuhnya.

Kerana ini merupakan tahap pertama.

Tahap 2

Tulang rawan sudah mula haus.

Ini terjadi kerana cairan yang berkurang di celahan sendi lutut tidak dirawat sama sekali, geseran yang terjadi lama kelamaan menyebabkan sendi semakin haus.

Tandanya adalah celahan sendi pada xray semakin menyempit.

Tahap 3

Tulang rawan semakin menipis.

Tulang keras hampir bertemu dengan tulang paha dan betis.

Cairan pada sendiri di tahap ini amatlah sedikit.

Berjalan sedikit pun akan terasa sakit, namun sendi masih boleh dilipatkan sedikit.

Tahap 4

Tulang paha dan tulas betis sudah bertemu antara satu sama lain.

Tulang rawan sudah tiada lagi.

Pada tahap ini, sangat susah untuk pesakit berjalan.

Apakah Punca Berlakunya Sakit Lutut ?

1. Umur : Apabila berlakunya pertambahan usia tua, proses penyembuhan rawan pada tulang akan menjadi semakin perlahan.

2. Berat Badan : Semakin bertambah berat badan seseorang, semakin bertambah juga tekanan yang dikenakan pada sendi lutut seseorang.

3. Jantina : Wanita yang berusia 50 tahun dan ke atas lebih cenderung untuk sakit lutut berbanding lelaki.

4. Kecederaan Lutut : Bagi mereka yang kebiasaanya mengalami kecederaan berulang kali di lutut akan lebih berpotensi untuk mengalami sakit lutut ini. Sebagai contohnya, mereka yang kerap kali melakukan rutin harian seperti mencangkung, melutut, mengangkat barang yang berat akan menyebabkan kesakitan pada sendi lutut kerana aktiviti ini memberikan tekanan yang konsisten pada sendi lutut tersebut.

5. Atlet : Bagi pemain sukan seperti bola sepak dan sebagainya, lutut merupakan organ yang paling tinggi berpotensi untuk mengalami kecederaan. Para atlet sangatlah digalakkan untuk mengambil langkah berjaga jaga bagi mengelakkan kecederaan semasa latihan atau bersukan.

Otot yang lemah pada sekitar lutut itu aka menyebabkan seseorang mudah mengalami sakit pada sendi lutut

6. Kurang aktiviti fizikal : Kita juga dinasihatkan untuk sentiasa bersenam dan kekal aktif untuk mengekalkan tahap kesihatan.

Bagaimana Cara Yang Berkesan Untuk Merawat Sakit Lutut Ini ?

Terdapat beberapa cara yang telah dibuktikan berkesan untuk merawat mereka yang mengalami sakit pada lutut ini.

Cara terakhir PALING BERKESAN

1. Kurangkan berat badan.

Apabila berat badan semakin berkurangan, secara tidak lansung lutut akan akan mengalami kurang tekanan yang besar dan juga lutut akan kembali kuat seperti sedia kala namun mengambil masa yang agak lama juga.

2. Sentiasa melakukan senaman.

kerap melakukan senaman yang berterusan secara konsisten untuk meningkatkan mobilitit dan pergerakan serta menguatkan otot otot.

3. Memakai 'knee guard'

Knee Guard untutk lutut

Pemakaian ‘knee guard’ pada bahagian lutut ini penting lagi lagi ketika ingin melakukan aktiviti atau sukan yang melibatkan banyak pergerakan atau aktiviti yang mengambil masa yang lama. ‘Knee Guard’ ini berfungsi untuk memberikan sokongan kepada sendi lutut.

4. Ubat ubatan

Makan ubat ubat atau ‘supplement’ seperti PIASCLEDINE. Vitamin lutut ini terbukti secara klinikal untuk memberikan kesan kelegaan yang optimum dengan penggunan sebiji sehari sahaja. 

Dapatkan vitamin ini di Klinik Dr Asmah berhampiran.

5. Rawatan Suntikan Lutut

Suntikan gel pada lutut ini sangat berkesan. Kesan dapat dilihat sejurus rawatan selesai.

Tahap kelegaan bergantung kepada individu dan kerja yang dilakukan iaitu di antara 6 -12 bulan.

Bagi golongan yang sudah berusia dinasihatkan agar memakai tongkat ketika berjalan bagi mengurangkan beban atau tekanan yang dikenakan pada lutut.

Selain itu, aktiviti aktiviti yang lasak seperti mendaki, kerap menaiki tangga juga perlu dikurang segera supaya keadaan pada sendi lutut menjadi tidak terlalu parah

Rawatan Lutut di Klinik Dr Asmah

Rawatan lutut di Klinik Dr Asmah telah membantu ramai pesakit diluar sana.

Kesan kelegaan dapat dilihat sejurus rawatan selesai dan juga dapat bertahan sehingga satu tahun bergantung kepada tahap penjagaan juga.

Senang lepas ni nak berkebun pun seronok, nak solat berdiri pun jadi lebih mudah.

Klik Button dibawah sekarang dan dapatkan info tentang rawatan lutut di Klinik Dr Asmah.

Leave a Reply