Tentang Kami
Bermula dengan hanya 1 Klinik sahaja di Sungai Petani, Kedah yang dibuka pada tahun 2017, pengasas Klinik Dr Asmah, Siti Asmah binti Shafie memulakan langkah dengan menambah cawangan kedua di Kuala Ketil pada tahun 2019 dan sehingga kini pada tahun 2024 Klinik Dr Asmah sudah mempunyai 16 cawangan di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Percaya dengan keupayaan jenama sendiri, Dr Siti Asmah yang juga Pengarah KDA Holdings Sdn Bhd berhasrat untuk membuka sehingga 50 buah cawangan klinik di seluruh Malaysia menjelang tahun 2030.
Dengan moto Always Care Always Love, Klinik Dr Asmah berharap dapat menjadi pilihan utama masyarakat setempat dalam mendapatkan perkhidmatan yang merangkumi Rawatan Am seisi keluarga, Wanita dan Kanak-kanak di samping terlibat dengan program kemasyarakatan bagi menyebarkan kepentingan penjagaan kesihatan kepada semua.
Mengutamakan servis rawatan yang terbaik dan berkualiti, visi jangka panjang Klinik Dr Asmah adalah menjadi peneraju dan ikutan Klinik Perubatan yang lain dan sekaligus dapat merealisasikan impian untuk menyumbang semula khidmat bakti kepada masyarakat setempat.

VISI KAMI
Menjadi peneraju rangkaian klinik perubatan swasta yang menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada semua golongan khususnya wanita dan kanak-kanak di Seluruh Malaysia

MISI KAMI
Kenapa Memilih Klinik Dr Asmah?
Fasiliti Klinik Dr Asmah






Apa kata Pelanggan Kami

Klinik Dr Asmah 784 Google reviews MOHD FARIDZUL FADZIL30 April 2024 Sy sangat berpuas hati dan dpt melihat gender ank sy yg selama ini menjadi teka teki sama ada bby boy ataupun girl 😊insyaallah ada rezeki , scan untuk 5D pulak.. NURUL MIZAN30 April 2024 Klinik serta kakitangan yg mesra dan doktor yg berpengalaman dan berpengetahuan luas dan lemah lembut. Rara Jack30 April 2024 Memang recomended. Staff baik, dr pun baik. Yani A. Razak29 April 2024 Persekitaran klinik yang bersih dan staf yang baik. Temujanji dipanggil lewat sedikit tapi masih okay sebab ada pesakit lain sama yang perlu dirawat. Keseluruhannya doktor sangat teliti dalam membuat scan dan penerangan jelas diberikan. Terima kasih buat staf dan doktor Ah Yuayur28 April 2024 Servis terbaik. Memberi penerangan yg jelas sebelum prosedur..Showing our latest reviews