Tentang: Pemeriksaan Ibu Mengandung & Selepas Bersalin
Klinik Dr Asmah menyediakan khidmat untuk buka buku ibu mengandung yang lengkap. Kami juga menyediakan rawatan pemeriksaan bulanan untuk ibu mengandung. Pemeriksaan bulanan ini termasuk ‘ultrasound 2D’, ujian air kencing, ujian darah haemoglobin, pemeriksaan berat badan dan tekanan darah. Kami juga menyediakan khidmat cuci luka bersalin normal dan Caesarean.
Untuk Sebarang pertanyaan dan informasi, boleh hubungi klinik Dr Asmah terdekat anda.
Senarai Harga
Hubungi klinik kami bagi mendapatkan maklumat tentang harga perkhidmatan.