Cawangan: Klinik Dr Asmah Bayan Lepas

Klinik Dr. Asmah Bayan Lepas komited untuk memberikan penjagaan perubatan yang terbaik kepada komuniti kami.

Menyediakan penjagaan menyeluruh kepada ibu, kanak-kanak dan orang awam, pasukan pakar perubatan mahir dan kakitangan kami berdedikasi untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan persekitaran yang mesra dan menarik sambil mengutamakan kesejahteraan anda, sama ada anda memerlukan rawatan biasa atau perkhidmatan pakar.

Berikan kepercayaan anda kepada Klinik Dr Asmah untuk membantu anda mencapai kesihatan yang terbaik. 

Senarai Kemudahan Rawatan

Perkhidmatan yang disediakan untuk keperluan ibu, anak dan keluarga.

Rawatan kesihatan umum untuk semua golongan seperti demam, batuk, selesema, migrain, GERD, gastrik dan lain-lain.

Khidmat ultrasound yang terkini yang dapat menghasilkan imej scan seperti berikut:

  • Scan 2D/ Pengesahan kehamilan
  • Scan 2D structural
  • Scan 3D/ 4D/ 5D
  • Scan payudara
  • Scan abdomen
  • Scan KUB (kidney, uterus, bladder)
  • Scan Rahim/ TVS

Khidmat rawatan pembedahan kecil seperti bisul, cekam/cagu, ‘Bartholin cyst’ dan sebagainya.

Rawatan nebulizer untuk pesakit asma dimana ia sesuai untuk setiap peringkat umur sama ada bayi, dewasa dan warga emas.

Khidmat khatan kepada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun keatas dan juga untuk bayi perempuan.

Menggunakan Teknik laser untuk berkhatan kanak-kanak lelaki, aktiviti ini selalu menarik perhatian ibubapa pada musim cuti sekolah.

Memeriksa kadar dan jantung menggunakan prosedur elektrokardiogram (ECG).

Menyediakan rawatan Pap Smear yang merupakan saringan awal kanser serviks kepada para wanita.

Setiap Wanita seeloknya perlu menjalani ujian Pap Smear 3 tahun sekali.

Menyediakan vaksinasi lengkap untuk bayi dan mengikuti garis panduan daripada Jadual Imunisasi Kebangsaan.

menyediakan beberapa perancang keluarga, antaranya:

  • Suntikan Depo
  • Pil Hormon
  • IUCD
  • Implanon

Menyediakan khidmat untuk buka buku ibu mengandung yang lengkap. Kami juga menyediakan rawatan pemeriksaan bulanan untuk ibu mengandung. Pemeriksaan bulanan ini termasuk ‘ultrasound 2D’, ujian air kencing, ujian darah haemoglobin, pemeriksaan berat badan dan tekanan darah. Kami juga menyediakan khidmat cuci luka bersalin normal dan Caesarean.

Ujian secara berkala dilakukan bagi mengetahui perkembangan kesihatan untuk  rawatan kencing manis dan darah tinggi.

Untuk rawatan kesuburan, pasangan boleh datang untuk pemeriksaan kesuburan lelaki dan perempuan. Kaedah rawatan kesuburan di Klinik Dr Asmah adalah menggunakan kaedah ubat kesuburan.

Menyediakan khidmat rawatan untuk mencuci luka.  Rawatan cuci luka yang dilakukan adalah seperti luka kemalangan, luka pembedahan kecil, luka kencing manis dan lain – lain lagi

Menyediakan rawatan suntikan lutut. Suntikan lutut di Klinik Dr Asmah adalah menggunakan kaedah suntikan Hyaluronic Acid. Suntikan lutut berbeza mengikut tahap kesakitan lutut pesakit.

Anda mencari klinik untuk dijadikan panel? Hubungi kami melalui email : kdapanel@gmail.com