Tentang Kami

Bermula dengan hanya 1 Klinik sahaja di Sungai Petani, Kedah yang dibuka pada tahun 2017, pengasas Klinik Dr Asmah, Siti Asmah binti Shafie memulakan langkah dengan menambah cawangan kedua di Kuala Ketil pada tahun 2019 dan sehingga kini pada tahun 2024 Klinik Dr Asmah sudah mempunyai 16 cawangan di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Percaya dengan keupayaan jenama sendiri, Dr Siti Asmah yang juga Pengarah KDA Holdings Sdn Bhd berhasrat untuk membuka sehingga 50 buah cawangan klinik di seluruh Malaysia menjelang tahun 2030.

Dengan moto Always Care Always Love, Klinik Dr Asmah berharap dapat menjadi pilihan utama masyarakat setempat dalam mendapatkan perkhidmatan yang merangkumi Rawatan Am seisi keluarga, Wanita dan Kanak-kanak di samping terlibat dengan program kemasyarakatan bagi menyebarkan kepentingan penjagaan kesihatan kepada semua.

Mengutamakan servis rawatan yang terbaik dan berkualiti, visi jangka panjang Klinik Dr Asmah adalah menjadi peneraju dan ikutan Klinik Perubatan yang lain dan sekaligus dapat merealisasikan impian untuk menyumbang semula khidmat bakti kepada masyarakat setempat.

Fasiliti Klinik Dr Asmah

Apa kata Pelanggan Kami

Setiap cawangan Klinik Dr Asmah mendapat rating 4-5 bintang