Tentang: Khidmat Perancang Keluarga
Suntikan kontraseptif, yang juga dikenali sebagai Depo, atau suntikan Medroxyprogesterone, mengandungi hormon progestogen. Suntikan ini diambil untuk mencegah kehamilan setiap 3 bulan sekali.
Antara kesan sampingan Depo-provera adalah sakit kepala, loya, sakit pada payudara, tompok pendarahan vagina atau kitaran haid yang tidak teratur
Ia mempunyai kadar keberkesanan 94% untuk mengelakkan kehamilan
Perancang keluarga jenis Pil
Intrauterine Contraceptive Device (IUCD) adalah sejenis kaedah perancang keluarga untuk jangkamasa panjang. Prosedur pemasangan melibatkan sejenis alat kecil yang diperbuat daripada plastik yang mempunyai benang yang dimasukkan ke dalam rahim dan bertahan selama 5 tahun.
Risiko ketika dan selepas pemasangan Intrauterine Contraceptive Device (IUCD) termasuklah
- Sebaik sahaja alat IUCD dimasukkan anda mungkin akan mengalami kekejangan dan berasa sedikit tidak selesa pada bahagian peranakan
- Pendarahan luar biasa
- Jangkitan dalam Rahim
- “Perforation” - penembusan (risiko rendah) , IUCD mungkin menolak dan menekan dinding rahim semasa ia sedang dimasukkan ke dalamnya.
- Discaj yang banyak/ keputihan
- Rengat
- IUCD mungkin boleh terkeluar sendiri dari rahim wanita secara tidak sengaja
Keberkesanan Intrauterine Contraceptive Device (IUCD) adalah 97% - 99% sahaja.
Umumnya, simptom kesan sampingan yang biasa dihadapi setelah menggunakan kaedah ini adalah:
- Pakai IUCD tapi tak period kerana untuk beberapa bulan pertama, akan berlaku pendarahan yang tidak teratur pada faraj
- Tempoh haid lebih lama dengan lebih kekejangan terutamanya jikaa anda memasang IUCD .
- Selain itu, anda mungkin berasa sakit kepala, loya, tumbuh jerawat dan kelembutan payudara
- Anda juga mungkin akan mengalami lebih tinggi risiko kehamilan luar rahim dan keradangan pelvik
Implanon adalah sejenis kaedah perancang keluarga untuk jangkamasa panjang.
Implan atau implanon ni sebenarnya sejenis rod kecil yang bersaiz lebih kurang batang mancis.Prosedur pemasangan implanon akn dilakukan di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian lengan wanita, memerlukan ubat bius setempat dan hanya mengambil masa beberapa minit.
Ia merupakan kaedah mencegah kehamilan yang sangat berkesan 99% dengan kurang daripada 1% kegagalan.
Kesan sampingan pemasangan implan secara spesifik pula bergantung pada individu. Ada yang mengalaminya dan ada yang tak rasa apa-apa pun lepas pakai tu. Antara risiko ketika pemasangan
- Jangkitan di tempat pemasangan (infection) Implanon
- Pendarahan selepas pemasangan Implanon
- Lebam di kawasan pemasangan Implanon
- Kemungkinan untuk implanon bergerak sedikit selepas pemasangan
Manakala simptom kesan sampingan yang biasa dihadapi setelah menggunakan kaedah ini adalah:
- Kitaran haid yang tidak tetap
- Haid yang terlalu sedikit / banyak
- Kenaikan / penurunan berat badan
- Mood swing (perubahan emosi)
- Jerawat
- Sakit perut / loya
Untuk Sebarang pertanyaan dan informasi, boleh hubungi klinik Dr Asmah terdekat anda.
Senarai Harga
Hubungi klinik kami bagi mendapatkan maklumat tentang harga perkhidmatan.